Best gak lagu ni + Praktik skill Photoshop


Masa ni time ngah serabut la sikit sebab 2 paper @ kertas tak abis lagi. kebetulan exam pula hari yang sama. tengah2 layan lagu nasyid sambil bukak internet, terjumpa lagu ni... eh sedap plak lagu ni. Al-maklumla lama x update lagu2 terbaru industri nasyid .

Download kejap n layan lagu nasyid ni... sambil2 tu terjumpa plak video skill photoshop. lama da xpraktik.. apa lagi... last2 ni la hasilnye... hehehe... ok x?

1 lagi.. jangan dok PK bukan2 ye.. Pic 2 tiada kaitan ngan sape2 ye. Sesape yang nak buat tempahan untuk banner, iklan, kad dsb boleh hubungi saya... ^_^

Eh... Macam terkena kat aku jerk????... apapun layan.... renung2kan n selamat beramal

Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.

Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai. Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank. Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.

Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500. Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.

Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi. Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang ‘gentlemen’. Semua perbelanjaan untuk ‘dating’, hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan. Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000. Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.

Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan. Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.



Bertunang



Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.

Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500. Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

“Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!” Anda bersorak girang.

Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : “Berape eh hantaran kahwin kita?”

Tunang : “Berapa-berapa yang you sanggup.”

Anda : “RM 5000, okay?”

Tunang : “I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!”

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.

“Mana aku nak dapat duit lebih?”


Baca lagi »

Orang Nak bercinta... Kita nak bercinta.. renung2kanlah...



Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Teringak ko cherito maso mulo2 masuk ngaji dulow...


Kisah ini bermula semasa daku mula2 menjejak kaki di sebuah ipt di sebuah wilayah timur, ketika itu aku masih tidak mengenali teman2 sekuliahku.. hanya yang ku kenali 2 atau 3 orang rakanku dari pusat pengajianku yang dahulu. kebetulan pada awalnya aku agak kelewatan sekali kerna aku sudah jauh ketinggalan disebabkan kemasukan yang agak kelewatan. namun itu hanyalah satu cabaran. biasa aja, lumrahnya begitu.


namun, ada satu peristiwa yang agak terkesan pada jiwaku. kisah ini bermula pabila aku diajak oleh rakan sewilayah tempat tinggalku untuk bersama2 berprogram di sebuah kampung. bagiku ia sangat menggembirakan kerna ia bisa memberiku sejuta pengalaman. bak kata orang, ijazah terbaik adalah dri perjalanan dan pengalaman.


Baca lagi »
Related Posts with Thumbnails
Return top