Langkah Usahawan Berjaya... Jom Layan...

Salam Ukhuwwah n salam persahabatan untuk semua... lama xbuat catatan kat blog ni.. hari ni agak tenang sikit, tapi still banyak kije nak diselesaikan sebelum balik kg... yahooo... balik kg hohoho balik kg...

Tengah2 dok belek2 dalam tenet ni terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk dikongsi bersama.. semoga ia bermanfaat untuk semua... Jom layan bagaimana membina semangat keusahawanan yang berjaya ....


7 langkah penting menjadi usahawan yang berjaya

Salam berhujung minggu dan ada sedikit perkongsian untuk anda

Salam sahabat-sahabat semua…

Ini ialah kali pertama saya menulis perkongsian dalam blog buruk saya ini. Almaklumlah, saya ni bukannya seorang pro blogger. Baru mencuba – mencuba menulis di blog. Bila ada masa terluang sikit saya menulis di blog ini. Jangan mare ye…

Hari ini, saya ingin berkongsikan sesuatu yang saya rasakan amat..amat..amat SUPER POWER, bukannya POWER RANGERS ye dimana ia mampu membantu kita untuk lebih maju kehadapan di dalam dunia perniagaan perniagaan walaupun perniagaan internet.

Semasa saya menghadiri Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan (DKSJ) tak lama dulu lebih 2 tahun lepas, saya sangat teruja kerana ia menampilkan seorang jutawan misteri iaitu Mohammad Ashik Abuayubul yang baru berusia 13 tahun pada masa itu. Sekarang rasanya dah 15 tahun umurnya. Tahukah anda pada umur beliau sembilan tahun, Asyik telah berniaga sendiri iaitu menjual poskad motivasi.

“Segalanya bermula apabila beliau meminta bapanya membelikan beliau hadiah kerana beliau mendapat tempat pertama di dalam kelas. Namun bila sampai di kedai berkenaan , beliau mengambil barang yang beliau gemari dan bila mahu membayar, bapa beliau (Abang Abu – Mentor saya) enggan membayarnya. Beliau tidak berpuasa hati dan geram dengan keputusan ayahnya, lantas mengambil tindakan tidak mahu bercakap dengan bapanya beberapa hari”.

“Bapa berpesan, jika hendak sesuatu mesti berusaha mendapatkannya dan mula berniaga. Beliau hanya berdiam diri memikirkan apa perniagaan yang boleh dilakukan oleh seorang pelajar berusia Sembilan tahun. Nak dijadikan cerita, satu hari semasa beliau pergi ke pasaraya, tiba – tiba beliau terlihat banyak poskad – poskad di kedai tersebut. Lalu tercetuslah idea dimana beliau hendak menjual poskad yang berisi kata – kata motivasi dan bijak pandai.

Setelah berbincang dengan bapa beliau, bapanya bersetuju untuk meminjamkan beliau RM4000. Dengan bantuan bapa saudara beliau yang mereka bentuk poskad tersebut, beliau mula menjual poskad itu dipelbagai tempat seperti dipasaraya dan di sekolah. Dengan berkat kesabaran beliau, Alhamdulillah ketika berusia 12 tahun, beliau dapat mengumpul hampir RM500,000 wang simpanan. Di dalam masa yang sama sempat juga beliau ada menerbitkan buku yang bertajuk 7 Steps To Become A Young Entrepreneur”.

Menurut Ashik, di dalam buku beliau ada menyatakan makna enam huruf dalam namanya yang menjadi asas kepada perniagaan yang beliau jalankan sekarang. Antaranya ialah;

A – Aim (Matlamat). Beliau menyatakan dalam kehidupan mestilah mempunyai matlamat dan tujuan. Kita mesti tetapkan matlamat yang kita kehendaki. Semasa perkongsian beliau, ada menyatakan bahawa beliau bermatlamat ingin menjadi seorang Doktor suatu hari nanti.

H – Honesty (Kejujuran). Beliau mengatakan dalam apa – apa jua perniagaan yang kita jalankan, kejujuran adalah factor penting yang akan menjamin kelangsungan sesuatu perniagaan itu. Beliau mengatakan pernah satu ketika semasa menjual produk beliau pelanggannya telah memberikan lebihan wang sebanyak RM10 tanpa disedarinya, lalu beliau memulangkan wang tersebut. Anda nak tahu apa terjadi? Pelanggan tersebut telah membeli lebih banyak lagi tempahan poskad untuk rakan – rakan yang lain.

S – Share (Berkongsi Idea). Berkongsi idea dan membincangkannya adalah lebih baik untuk apa jua jenis perniagaan. Lebih banyak yang anda kongsi, maka lebih banyak yang akan anda nikmati bersama.

H – Humble (Rendah Diri). Tidak kira bagaimana kaya kita sekalipun dan berapa jumlah wang yang kita perolehi dan miliki, kita mesti rendah diri terhadap orang lain. Tidak bersikap bongkak dan riak.

I – Integrity (Ketulusan Hati). Ketulusan hati juga faktor penting perlu ada dalam menjalankan sesebuah perniagaan.

K – Knowledge (Ilmu Pengetahuan). Di dalam apa jua jenis perniagaan, kita mesti ada ilmu. Sebagai contohnya dengan menghadiri seminar, konvensyen atau apa jua kursus yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan kita samada berbayar ataupun yang percuma.

Semasa perkongsian tersebut, beliau menyenaraikan 7 langkah yang sangat penting dalam apa jua perniagaan yang kita jalankan;

  1. Sikap. Tujuh sikap yang paling penting yang perlu ada pada mana – mana usahawan ialah sabar, yakin kepada diri sendiri, tabah, jujur, rendah diri, adil dan saling menghormati.
  2. Kajian. Tujuh bidang kajian yang perlu anda ambil kira ialah kajian melalui internet, pemerhatian, bertanya soalan, merujuk kepada mentor, membuat kaji selidik, membaca dan mencari idea baru
  3. Produk. Tiga solan penting yang mesti difikirkan ialah mengapa produk dan bukan perkhidmatan. Produk apa yang patut dijual dan dimana mahu dijual?
  4. Menjual. Ada tujuh kemahiran yang perlu ada untuk menjual iaitu kemahiran bercakap, keyakinan diri, persembahan, lokasi yang sesuai, membuat jualan, berunding dan sedia menghadapi penolakan.
  5. Merancang dan merekodkan kemajuan. Ada lima langkah untuk merekodkan kemajuan dalam perniagaan iaitu dengan menyimpan rekod kewangan bulanan, mencatatkan jumlah jualan, dan jumlah masa yang dihabiskan. Seterusnya pengurusan masa, menyimpan rekod, dan menguruskan rekod setiap urus niaga.
  6. Selalu memperbaiki diri dan perniagaan. Ada tujuh langkah penting untuk memperbaiki diri iaitu teknik jualan, teknik bercakap, dan berpidato, maklumat tentang produk, telnik menjadi pendengar yang baik, lebih memerhati, lebih inovasi dan membaca lebih banyak buku untuk menambah pengetahuan.
  7. Pengurusan kewangan. Beliau menyimpan 100 peratus keuntungan perniagaan dan tidak membelanjakannya. Bagi beliau menyimpan wang sangat penting. Antara perkara paling penting yang perlu dilakukan tehadap wang ialah “bercakap” dengannya. Ambil wang RM1 contonya dan katakan “Saya sukakan wang. Saya cintakan wang. Say ad banyak wang. saya ialah manusia paling kaya dalam dunia dan juga lebih kaya daripada Bill Gates”. Beliau berpesan dan menyarankan supaya kita melaungkannya dengan kuat ayat – ayat tadi setiap hari supaya ia menjadi sebahagian daripada diri kita. Kalau anda nak tahu, inilah yang saya lakukan selama ini sehingga sekarang..

Pengurusan yang baik sangat penting dalam mana – mana perniagaan. Jangan berbelanja keterlaluan. Nasihat beliau untuk berjaya anda perlu belanja bila perlu sahaja.


Watak utama dalam DMC adalah... Jeng3

Jangan terkejut bahawa aku juga adalah pemegang watak utama dalam DMC.. hehehehe gurau je.. apapun ni adalah hasil edit mengedit.. lama x praktik adobe photoshop.. sape2 ade nak buat tempahan boleh la ye hehehe ^_^

~Kahwin : asyik2 bende ni gak yg ditanya, xde topik lain ke?~


Pada petang yang damai di ruang chat dialam maya,

Kawan aku :salam..ado tuwe ko nih??

Aku :wsalam ado2, sihak ko 2? tuwe sano 2 ado ko?

Kawan aku : ado , dok chat nga abah.tanya khabar

aku :o0o0o g2 ,alhamdulillah sihat

Kawan aku :anta bila nak ehem ehem nyerrrrr

Erkkk..."Blurr kejap".... ampeh, xdop soklan lain ke nak tnya (dalam ati)

Aku : hah....tau la dio doh lekap doh,kito ni separuh lagi.he3

Kawan Aku :pah bilo anta nak bertangkup,separuh lagi nyerr?member kita 3 ore dah standby blako doh noh

Aku : xpo.. lambat asal selamat, hehehehe.tunggula paling awal thn depan, paling lewat 3thn ag ngeh2.. demo cari la kawe gak klu nak cepat hehehehe

Kawan aku :ok ok...


Alahai... camni la kedaannye... ni da masuk brape puluh da tnya soklan sama.. isyk3. Nampak sangat muke ni da tua ( eh da tua ke? rasa baru je abis SPM hehehe).. Mentang2 la sume geng kacip (geng rapat) nak kawin tahun ni, maka yang x kawin lagi yang jd sesarannye... apapun Jodoh semua ditangan tuhan... aku tertarik dengan kata2 satu artikel dalam iluvislam.com :

"Carilah Allah dan anda akan temui gadis atau jejaka idaman hatimu." Betapa indahnya konsep ini! Saya kira ini bermakna, jika kita hendak mencari suami atau isteri yang paling sesuai, dekatkanlah diri dengan Allah dan yakinlah bahawa Dia akan pertemukan kita dengan jejaka atau gadis yang secocok dengan kita. Inilah konsep yang amat perlu diterapkan dalam jiwa remaja anak-anak dan diri kita sendiri, iaitu :

- cinta yang hakiki, iaitu cinta yang membawa kita ke syurga bermula dengan cinta kepada Allah. Dari sinilah terbitnya cinta kepada orang lain seperti cinta kepada ibu bapa, suami, anak-anak dan sahabat.

- cinta yang membawa ke syurga antara lelaki dan wanita ialah apabila pasangan lelaki dan wanita ini mencintai satu sama lain semata-mata kerana Allah. Ini bermakna, mendirikan rumahtangga dengan niat untuk mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. yang amat digalakkan oleh Islam.

- Bila suami isteri mencintai satu sama lain kerana Allah, jika timbul konflik, masing-masing tidak egoistik, kedua-duanya akan merujuk kepada AlQuran dan Sunnah dan lebih mudah untuk maaf memaafkan. Dengan itu, perbezaan pendapat ini tidak memanjang menjadi suatu pertelingkahan yang besar dan dapat dibendung dan diselesaikan dengan baik.

Sehingga si suami bertanggapan isterinya sentiasa mendahulukan kepentingannnya dan si isteri pula merasakan dialah wanita yang bertakhta di hati suaminya. Redhanya suami kepada isteri dan isteri kepada suami ini pada hemat saya adalah satu cara untuk kita menambah saham akhirat dan satu lagi langkah mendekatkan kita kepada Allah dan syurgaNya.


Macam mana semua? ok x klu macam 2?.... Apapun... jon Kita RENUNG... FIKIR... SELAMI... FAHAMI.....Yang dah dan Bakal 2 ku doakan semoga kalian sudah siap siaga dalam menempuh dunia baru. Yang tengah bercintan cintun... fikir apa yang anda lakukan sekarang? kalau x sabar sangat.. minta mak abah soh pi mintak, nak selamat lagi kawin je terus n datinglah puas2 hehehehe.. masa 2 dah halal da kan3... fikir2kan.

"Satu renungan untuk diriku jua"

Dalam Mihrab Cinta… Adakah Setanding dengan Ketika Cinta Bertasbih?


Salam Ukhuwwah dan Salam Persahabatan untuk semua Sahabat2…


Dalam Mihrab Cinta (DMC).. haa… sape yang pernah baca novel ni? Mungkin ramai dah baca kan2? Sebab antara novel popular juga dan setanding dengan Novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang antara menjadi novel yang paling aku minat terutama watak Abdullah Khairul Azzam (same ngan nama aku hehehe) dan Ana Athafunnisa kerana banyak pengajaran yang boleh diambil. Namun DMC pun apa kurangnya, watak utama seperti kegigihan Syamsul yang rela meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman demi tekadnya untuk belajar menuntut ilmu. Kesemuanya merupakan karya agung Habiburrahman El Shirazy.


Kalau KCB memang dah lama telah menjadi “The Movie” dan terbarunya tahun lepas telah keluar pula versi “special Ramadhan” memang begitu top kerana banyak pengajaran yang boleh diambil. Tetapi bagaimana pula dengan DMC? Nah… Penghujung tahun 2010, telah keluar DMC versi “The Movie”. Memang teruja juga tengok ceritanya kerana hampir watak-watak dalam KCB ada dalam DMC kecuali watak utama dalam KCB. Apapun Leh la layan link dibawah untuk mengetahui best ke x cite ni… layannnnn


http://www.ddmf.biz/2011/04/dalam-mihrab-cinta-2010-vcdrip-mkv.html


http://www.filmdalammihrabcinta.com/

Related Posts with Thumbnails
Return top