Teringak ko cherito maso mulo2 masuk ngaji dulow...


Kisah ini bermula semasa daku mula2 menjejak kaki di sebuah ipt di sebuah wilayah timur, ketika itu aku masih tidak mengenali teman2 sekuliahku.. hanya yang ku kenali 2 atau 3 orang rakanku dari pusat pengajianku yang dahulu. kebetulan pada awalnya aku agak kelewatan sekali kerna aku sudah jauh ketinggalan disebabkan kemasukan yang agak kelewatan. namun itu hanyalah satu cabaran. biasa aja, lumrahnya begitu.


namun, ada satu peristiwa yang agak terkesan pada jiwaku. kisah ini bermula pabila aku diajak oleh rakan sewilayah tempat tinggalku untuk bersama2 berprogram di sebuah kampung. bagiku ia sangat menggembirakan kerna ia bisa memberiku sejuta pengalaman. bak kata orang, ijazah terbaik adalah dri perjalanan dan pengalaman.




memang tidak dinafi lagi pengalam itu banyak mengajarku.. bermula dengan mulanya program hinggalah akhirnya program. aku banyak mengenali semua komuniti yang terlibat dengan program tersebut. aku gembira. rakan2 pun ramai yang ku kenali yang rata2nya hampir semua dari wilayah yang berbeda. di kampus kita semua sama pabila berjumpa, bertegur sapa dan berbual bicara walaupun berbeda kuliah dan lain fakultasnya tidak bisa memutuskan ikatan persahabatan yang terbina.


namun, selepas sebulan berlalu, terdetik sesuatu yang luar biasa aku ketemu.. mungkin itu peringatan buatku... pada saat itu ku ingt masa itu diwaktu petang, aku terima satu masej dari seorang agak misterius.


" Salam.. kamu jangan dekati dia lagi, jangan bisa menghubungi dia lagi. harapkan perwatakan kamu aja baik ," aku terkedu membaca mesej itu.. gerangan apakah ini? tiba2 menuduhku somborono, tanpa usul periksa menuduh dan menfitnah aku.


lalunya aku terus menelefonnya.


"Assalamualaikum... siapa gerangannya itu? ada masalah apa menghantar mesej sebegini padaku?"

"Wsalam, kamu Azzam(bukan nama sebenar..hanya utk cerita ini) ya, aku tunang kepada Isya(bukan nama sebenar..hanya utk cerita ini). aku cuma ingin mengingatimu, jangan kacau dia lagi, dia tunang saya. saya dapat tahu kamu selalu mengganggu dia, selalu menghubungi dia, awas kamu. Harap je perwatakanmu macam ustaz, klu macam ustaz buatlah perangai macam ustaz."


Aku terkejut. dalam hatiku berkata... masa mana la aku ggu dia... ha zha fitnah!!!,.. fitnah dari wanita..


"maaf ya encik, terlibih dahulu saya pohon jutaan kemaafan andaikata kelakuan saya ini tidak disetujui oleh encik dan saya bukanlah seperti pak ustaz yang encik katakan. hanya insan biasa. untuk pengetahuan encik, saya dengan tunang encik hanya seperti kawan2 biasa,xada apa2,hanya kawan2 sekuliah, hanya tegur2 biasa, xde niat pun untuk mengganggu dan hanya hubungi atau mesej untuk perkara2 penting sahaja. klu andai kata selama ini percakapan saya, teguran saya dan lain2 pada pandangannya dan pandangan encik adalah satu gangguan yang membuatkan jiwanya terganggu. saya dengan ini memohon jutaan kemaafan atas kesalahan saya dan mulai saat ini saya xakan menegur atau bercakap sepatah pun dengan tunang encik untuk semua perkara"kataku dengan nada tegas dan tenang walaupun dihati ini hanya Tuhan yang tahu.


Dalam hatiku terdetik... apakah hanya teguran dan percakapan membuatkan seseorang itu dituduh mengganggu tunang orang sedangkan aku perhatikan, dia selalu berdua-dua-an, beramah mesra, bergelak ketawa...semakin hairan aku dibuatnya... hampir saja aku ceritakan hal sebenar pasal tunangnya, namum fikiran warasku mengatakan Jangan, ia akan menimbulkan aib dan membuat perkara bertambah parah.


akhirnya aku tidak menceritakan hal tersebut. Tapi diakhir percakapanku dengan Tunang si Isya ini, sedikit kelucuan dan was2 timbul pada diriku terhadapnya...


" xapalah kalau macam 2, saya risau dengan tunang saya, ya.. kami berjauhan..tapi ada satu permintaanku buatmu.. tolong2 tengok2kan dia untukku.."


Erk... ape kejadahnya pulak macam ini????


lalu aku menbalas" maaf ye encik, saya tidak bisa berbuat demikian.. itu hal encik dengan dia. encik jagalah dia dengan baik2 saya tak nak sesuatu terjadi pada saya. cukuplah setakat ini. maaf. encik jagalah tunang encik itu baik2"


lalu ku akhiri perbualanku... selepas itu aku terus menghubungi Isya.. dan meminta maaf jika percakapan ku selama ini mengganggunya.... dia membalas

" saya pun minta maaf juga kat awak.. bukan apa, tunang saya itu selalu sangat ambil berat pasal saya. saya minta maaf jika tunang saya ada cakap yang bukan2 pada awk"


Adeh... aku terfikir sejenak dari apa yang dikatakan olehnya dan tunangnya... adakah ini hanya lakonan atau betul2 berlaku... aku hairan... namun mungkin itu ada hikmah disebaliknya.... bagiku ia satu pengajaran yg amat berguna buatku......


Tapi aku sedih dengan apa yang berlaku.... Kalau dah bertunang buatla cara bertunang....Fikir2kanlah... semoga Allah memberi Hidayah kepadanya dan untuk semua....


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Return top